Restoran di Paya Trubong tempat mangsa ditembak malam tadi. - Foto NSTP (Fail)
Restoran di Paya Trubong tempat mangsa ditembak malam tadi. - Foto NSTP (Fail)
Oleh Hadzlihady Hassan


Georgetown: Polis sudah menahan suspek yang dipercayai menembak seorang lelaki menyebabkan mangsa cedera di pinggul di sebuah restoran di Paya Terubong di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia 47 tahun dan bekerja sendiri itu ditahan di kawasan Georgetown jam 2 petang tadi.

Menurutnya, polis kini sedang menjalankan siasatan dan suspek dijangka direman esok.

Dalam kejadian jam 9.40 malam tadi, mangsa itu sedang makan di restoran berkenaan bersama dua rakan apabila suspek melepaskan lima das tembakan tetapi hanya satu mengenai mangsa.

Polis percaya kejadian itu kerana dendam kerana suspek serta mangsa terbabit dalam pergaduhan kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Disember 2015 @ 3:52 PM