Adakah sesuai untuk menggunakan air paip untuk diisikan dalam tangki penyejuk sekiranya ia berada pada paras minimum.

Apakah nasihat dan tip untuk menjaga radiator supaya tahan lama dengan tidak bocor atau berkarat?

AYAIES

Kuala Lumpur

Air paip tidak sesuai bagi kereta anda. Ini kerana ia mengandungi bahan klorin, mineral dan benda asing.

Apabila air itu mengalami kepanasan, ia akan mendak dan bertindak balas secara kimia dengan dinding radiator serta bahagian logam enjin yang lain.

Bahan kimia yang ditambah kepada air paip untuk mensterilkan bakteria dan organisma lain sekali gus boleh menghakis silinder yang diperbuat daripada aluminium.

Air seeloknya digunakan ialah air suling yang dihasilkan daripada wap air.

Bagi penjagaan radiator, bilasnya setahun sekali dan gunakan bahan tambah penyejuk pada sukatan yang betul.

Ia boleh mengelakkan karat dan meningkatkan tahap suhu didih bendalir penyejuk dan menjadikan enjin beroperasi lebih sejuk.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Oktober 2014 @ 9:14 AM