FOTO ihsan pembaca
FOTO ihsan pembaca
Oleh Helmy Abd Rahman


Kuala Terengganu: Hujan berterusan sejak malam tadi di bandar raya ini menyebabkan 20 orang daripada lima keluarga dari Kampung Chendering terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan selepas kediaman mereka dinaiki air, petang ini.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Chendering di sini dibuka untuk menempatkan semua mangsa, kira-kira jam 4.30 petang tadi.

"Seramai lapan orang lagi daripada satu keluarga, berpindah ke rumah keluarga terdekat di Kampung Pak Tuyu (di sini)," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, MKN memberitahu terdapat kemungkinan pertambahan mansa banjir sehingga lewat malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 November 2014 @ 6:01 PM