Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

Keletah si kucing yang lincah dan comel pasti membuatkan hati berasa tenang, lebih-lebih lagi selepas seharian kepenatan dek kesibukan tugas di pejabat. Walaupun penat, pasti mood penjaga haiwan peliharaan boleh kembali ceria melihat kemanjaan dan tindak tanduk mereka yang menghiburkan.

Maka, tidak hairan mengapa kucing sering dianggap pendamping manusia yang setia dan penjaga mereka sanggup memperuntukkan wang dan masa untuk memberi keselesaan dan penjagaan terbaik untuk si manja.

Begitu juga dalam soal pemakanan, pasti pemilik mahukan nutrisi yang terbaik buat si comel bagi memastikan perkembangan dan tumbesaran yang sempurna. Kucing yang sihat dan gembira pasti menyerikan rumah pencinta haiwan itu.

Kebiasaannya makanan kering diberikan kepada kucing sebagai makanan utama mereka. Pemberian makanan kering baik untuk kesihatan gigi, lebih tahan lama dan umumnya lebih berzat kerana mengandungi banyak bahan gizi tambahan.

Selain makanan harian kucing yang diberi mengikut selang masa bersesuaian, kucing juga boleh diberikan makanan selingan atau snek sebagai ganjaran untuk mereka, malah mencipta hubungan lebih akrab antara pemilik dan si comel.

Justeru, Purina PetCare (M) Sdn Bhd (Purina), pengeluar makanan kucing jenama Friskies® kini menawarkan makanan selingan Friskies® yang pertama di negara ini, Friskies® Party Mix™.

Friskies® Party Mix™ baru mengandungi campuran tiga perasa lazat berbeza dalam setiap beg yang sangat menarik kerana anda tidak lama lagi akan berkongsi detik lebih manis dengan kucing masing-masing.

Di samping pelbagai rangkaian makanan kucing dihasilkan syarikat itu, Friskies® mencipta satu lagi kesempatan untuk memberi habuan kepada kucing anda bagi memenangi kasih sayang si comel itu.

Setiap bungkusan Friskies® Party Mix™ mengandungi tiga rasa yang sangat menarik untuk rasa berbeza dan kepelbagaian cita rasa di samping warna dan bentuk snek yang menarik.

Dengan tagline ‘Get Party Started, tiga rasa menarik di dalam setiap bungkusan Friskies® Party Mix™ pasti memberi keseronokan dan penghargaan buat si comel.

Friskies® Party Mix™ mengandungi nutrien penting buat kucing seperti protein, vitamin dan lemak Omega 5 untuk membantu kucing anda menjalani kehidupan yang sihat dan bahagia.

Ia boleh didapati dalam 5 varian iaitu Classic Crunch, Mixed Grilled Crunch, Beachside Crunch, Picnic Crunch dan Cheesy Craze Crunch.

Classic Crunch didatangkan dengan tiga perisa iaitu tuna, ayam dan bonito, manakala Mixed Grilled Crunch mengandungi snek perisa ayam, daging dan salmon. Beachside Crunch pula mengandungi snek perisa tuna, salmon dan jenahak.

Selain itu, kucing anda juga boleh mencuba Picnic Crunch yang pasti enak dengan snek berperisa keju, ayam dan ayam belanda sementara Cheese Craze Crunch begitu mewah dengan tiga perisa keju berbeza dalam satu pek iaitu keju cheddar, gouda dan edam.

Boleh didapati pada harga RM8.90 setiap pek, Friskies® Party Mix™ boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya hyper dan kedai haiwan peliharaan di seluruh negara.

Orang ramai juga boleh mendapatkan sampel percuma sekarang di www.purina.com.my kerana ia terhad kepada 2,000 pendaftaran sah pertama. Tempoh penebusan sah dari 22 November 2015 hingga 31 Januari 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2015 @ 10:10 AM