PANDA jantan Xing Xing di Zoo Negara. FOTO arkib NSTP Mohamad Shahril Badri Saali
PANDA jantan Xing Xing di Zoo Negara. FOTO arkib NSTP Mohamad Shahril Badri Saali
Oleh Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Kos perbelanjaan untuk tiga panda di Zoo Negara adalah sebanyak RM11.6 juta.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Hamim Samuri berkata, kos menyara pasangan panda gergasi iaitu Xing Xing dan Liang Liang yang sampai di Malaysia pada 21 Mei 2014 dan penyelenggaraan Pusat Konservasi Giant Panda dianggarkan RM2.2 juta setahun ditanggung oleh Zoo Negara.

Katanya Kerajaan Malaysia sudah menyumbang yuran konservasi sebanyak RM6.9 juta kepada China sejak 2014.

"Manakala sumbangan yuran konservasi sebanyak sekali sahaja berjumlah AS$600,000 (RM2.5 juta) akan diberikan kepada China selepas anak itu berusia setahun yang ditanggung pihak Zoo Negara," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Kubang Kerian) yang mahu tahu kos menyewa dan menyara hidup sepasang panda terbabit sehingga lahirnya anak selain faedah kepada rakyat negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2015 @ 2:28 PM