Oleh Afiq Hanif


Kuala Lumpur: Lenovo Malaysia memperkenalkan 18 produk baru daripada kategori MyLENOVOMusic, MyLenovoMovie dan MyLENOVOGaming termasuk PC, laptop, tablet, telefon dan aksesori ke pasaran negara ini.

Antara yang mencuri tumpuan ialah laptop hibrid Yoga 900 setebal 14.9 milimeter (mm) dan berupaya berubah kepada empat mod berbeza termasuk mod laptop, diri, khemah serta tablet.

Manakala Ideapad Y700 pula laptop game menggunakan pemprosesan AMD di samping pembesar suara jenis JBL yang mengagumkan ketika bermain game.

Bagi PC pula, Lenovo mengetengahkan Ideacentre AIO 700 yang memiliki pemprosesan Intel Core i7 pada skrin 27 inci jenis UHD.

Tidak ketinggalan, pengenalan telefon Phab yang mempunyai saiz skrin sebesar 6.98 inci dengan bateri berkapasiti 4250mAh pada kenipisan 8.9mm saja.

Produk baru ini akan berada di pasaran bermula bulan depan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2015 @ 8:16 PM
ANTARA produk baru yang diperkenalkan. FOTO Miorazlan Mior Kamarulbaid
ANTARA produk baru yang diperkenalkan. FOTO Miorazlan Mior Kamarulbaid