Masyarakat Jepun memang terkenal dengan usia mereka yang panjang. Rahsia-nya terletak pada pemakanan sihat, amalan minum teh hijau berserta senaman harian.

Makanan Jepun biasanya disediakan dengan penuh teliti dan berkhasiat. Satu-satu sajiannya yang menyihatkan biasanya mengandungi ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan soya termasuk teh hijau yang lazimnya dikaitkan dengan masyarakat Jepun sejak dulu lagi.

Teh hijau mengandungi catechin, sejenis polyphenol paling kuat yang dikatakan boleh merendahkan paras kolesterol dan meningkatkan aktiviti antioksidan dalam darah. Tumbuhan ini pada awalnya dimanfaatkan sebagai minuman perubatan yang hanya diperoleh golongan bangsawan sebelum ia mula berkembang.

Lantaran pelbagai manfaat kesihatannya, teh hijau akhirnya tidak dapat dipisahkan daripada gaya hidup masyarakat Jepun yang membuatkan mereka sihat dan hidup lama.

Masyarakat hari ini juga lebih prihatin terhadap kesihatan dengan adanya pelbagai pilihan makanan dan minuman termasuk pilihan teh hijau.

Teh hijau yang dihasilkan daripada daun Camellia sinensis dengan pemprosesan yang minimum adalah satu satu daripada minuman paling menyihatkan. Fakta ini disahkan oleh banyak kajian di pelbagai institusi terkemuka termasuk di Jepun dan Amerika Syarikat.

Pengambilannya secara berterusan antara lain merendahkan paras kolesterol, meningkatkan aktiviti antioksidan dalam darah, mengurangkan kaviti dan penyakit gusi. Kehadiran antioksidan boleh mengurangkan tekanan darah tinggi juga meningkatkan sistem ketahanan tubuh.

Oishi, jenama teh hijau yang bermaksud 'lazat' kini antara teh hijau sedia diminum yang semakin digemari rakyat Malaysia.

Edaran F&N Beverages Sdn Bhd, Oishi yang merangkumi manfaat kesihatan teh hijau dengan perisa menarik ini dihasilkan daripada 100 peratus daun teh organik yang ditanam di ladang organik yang mendapat pengiktirafan dan hanya menggunakan bahan semula jadi.

Hanya tiga daun paling muda pada bahagian pucuknya dipilih daripada setiap tangkai. Daun organik muda ini kemudian diproses menggunakan teknologi terkini oleh pasukan pakar tanpa meng-gunakan bahan pengawet atau pewarna tiruan lantas ia menyediakan teh hijau premium dalam setiap botol.

Teh hijau jenama ini menjadi pilihan utama dalam kalangan pengguna Thailand selepas ia memasuki pasaran negara terbabit pada 2003 dan kini ia diperluaskan di pasaran Malaysia.

Rangkaian teh hijau di negara ini terdiri daripada perisa lemon madu, genmai, asli dan lemon teh hitam.

Oishi teh hijau perisa lemon pilihan menyegarkan dengan rasa manis dan masam. Genmai pula memberikan aroma beras panggang genmai yang diadun sempurna dengan teh hijau.

Perisa asli memberikan rasa yang sedikit manis daripada teh hijau organik dengan rasa dan aroma aslinya yang unik manakala lemon teh hitam pula menggabungkan rasa sensasi teh hitam dan lemon yang menyegarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 November 2014 @ 5:02 AM