Oleh Hairulazim Mahmud

Kuala Lumpur: Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 3 dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Sebanyak 268 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara itu bagi membantu Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan kerajaan negeri membuat penambahbaikan serta memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata, daripada jumlah itu Jabatan Audit Negara mengemukakan 102 syor kepada Kerajaan Persekutuan, 32 syor kepada Badan Berkanun Persekutuan dan 134 syor kepada kerajaan negeri.

Pengauditan yang dilaksanakan merangkumi bidang program, pembinaan, penyenggaraan, perolehan, pengurusan hasil dan pengurusan syarikat," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Kandungan dan sinopsis laporan Siri 3 itu boleh dilayari di laman web Jabatan Audit Negara https://www.audit.gov.my mulai hari ini dan pertanyaan atau pandangan mengenai laporan itu boleh dialamatkan kepada Warkah Untuk Ketua Audit Negara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2015 @ 5:10 PM