FOTO Bernama
FOTO Bernama
Oleh Hafiz Ithnin


Kuala Lumpur: ASEAN dijangka mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.6 peratus setahun sehingga 2019 dipacu oleh penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI).

Setakat tahun lalu, ASEAN mencatatkan USD 136 bilion FDI dan angka itu lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat dan China.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia berharap ASEAN mampu menjadi empat rantau terbesar dunia menjelang 2050 sekali gus ia menjadi pencapaian terbesar.

"ASEAN telah membuktikan kejayaan yang besar dalam rantau dunia yang mempunyai pertumbuhan konsisten dalam ekonomi dan saya yakin kita boleh mengembangkannya, menhubungkan kekayaan dan mempunyai standard yang tinggi di kalangan rakyatnya.

"Malah menerusi integrasi ekonomi ASEAN kita telah mengenal pasti beberapa sektor yang boleh memacu agenda AEC iaitu berasaskan agro, automotif, penerbangan, pelancongan, kesihatan, produk berasaskan kayu dan logistik," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perniagaan dan Pelaburan Asean di sini, sebentar tadi.

Dalam majlis pelancaran itu, 12 syarikat dari negara ASEAN menerima Anugerah Perniagaan ASEAN antaranya AirAsia dan DRB-Hicom.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 November 2015 @ 12:54 PM