AKSI Tian ketika memasukkan lipan ke dalam mulutnya.
AKSI Tian ketika memasukkan lipan ke dalam mulutnya.

Changchun (China): Seorang guru tarian di bandar ini sangat obses dengan haiwan berbisa seperti ular, lipan dan kala jengking sehingga menjadikan binatang itu sebagai sumber pendapatan utamanya.

Lebih menarik lagi, dia meraih pendapatan lumayan dengan membuat persembahan memasukkan haiwan berbisa itu ke dalam mulutnya.

Tian Jiashi mula tertarik dengan haiwan berbisa ketika kecil lagi dan sejak tujuh tahun lalu dia membela berpuluh-puluh binatang itu.

Katanya, haiwan yang paling disukainya adalah ular, lipan dan kala jengking.

Sejak beberapa tahun lalu, Tian mula membuat persembahan dengan haiwan berbisa dan mendapat sambutan hebat daripada orang ramai.

Aksi utama Tian yang paling mengejutkan penonton adalah memasukkan haiwan berbisa seperti lipan, ular, kala jengking dan labah-labah ke dalam mulutnya.

“Kadang-kala haiwan ini menggigit balik, tetapi ia tidak mengancam nyawa,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 November 2015 @ 5:27 AM