Wan Suzana  melakukan aksi mencium ular tedung selar  sambil diperhatikan pegawai  lain yang menyertai kursus.
Wan Suzana melakukan aksi mencium ular tedung selar sambil diperhatikan pegawai lain yang menyertai kursus.
Oleh Zaid Salim


Marang: Ular adalah sejenis reptilia berbisa yang amat digeruni semua peringkat usia kerana bisanya mampu membawa maut.kepada mangsa yang terkena patukan spesies haiwan itu.

Walaupun menyedari ular spesies berbisa, namun ada yang menjadikan reptilia berkenaan sebagai haiwan peliharaan. yang menjadi kesayangan pemilik.

Bagi Wan Siti Suzana Yusof, 30, minatnya terhadap reptilia berbisa itu timbul sejak dia diberi tugas sebagai jurulatih menangkap ular sejak setahun lalu selepas menyertai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada 2007.

"Memang pada mulanya, saya takut dan geli melihat ular, tetapi selepas mendalami sifat ular, perasaan takut semakin hilang, sebaliknya timbul rasa seronokkeseronokan pula setiap kali beraksi dengan reptilia ini," katanya yang ditemui ketika menjalani Kursus Khidmat Kemanusiaan Menangkap Ular Siri ke-2 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM), Wakaf Tapi, di sini., baru-baru ini.

Wan Suzana yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan berkata, kali pertama dia menangkap ular pada program rakaman cara-cara menangkap ular yang diadakan di akademi berkenaan pada tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 November 2014 @ 5:52 AM