Sandra (kanan) yang ditemui selamat selepas hilang tiga hari ketika mendaki Gunung Chamah, Pos Simpor, Gua Musang. FOTO ihsan pembaca
Sandra (kanan) yang ditemui selamat selepas hilang tiga hari ketika mendaki Gunung Chamah, Pos Simpor, Gua Musang. FOTO ihsan pembaca
Oleh Ramli Ibrahim


Gua Musang: Wanita berusia 37 tahun yang dilaporkan hilang di Gunung Chamah, Pos Simpor, di sini, sejak tiga hari lalu, ditemui selamat 2 petang tadi.

Mangsa, Sandra Loy Siew Ling, 37, ditemui oleh Orang Asli sebelum dibawa keluar dengan menggunakan helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

Ketika ditemui mangsa dalam keadaan lemah dan hanya mengalami kesan calar pada tangan serta kaki.

Sandra ketika ditemui berkata, ketika mahu turun dari gunung bersama 13 rakan pendaki, tetapi tidak nampak jalan dan hanya melihat individu dalam bayangan berwarna hitam.

"Saya juga tidak nampak rakan pendaki dan menjadi bingung sebelum mengambil keputusan berpatah balik naik ke puncak gunung," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 8:40 PM