ASMIDAR hibur penonton .
ASMIDAR hibur penonton .
HANI hoskan karpet merah.
HANI hoskan karpet merah.
ANTARA drama dan filem yang tercalon.
ANTARA drama dan filem yang tercalon.
ANTARA drama dan filem yang tercalon.
ANTARA drama dan filem yang tercalon.
ANTARA drama dan filem yang tercalon.
ANTARA drama dan filem yang tercalon.
Syanty Octavia Amry


Keputusan siapakah yang bakal memenangi kategori idaman seperti Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Drama Terbaik dan Filem Terbaik menerusi Anugerah Skrin 2015 (ASK29015) bakal terjawab malam esok.

Bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, ASK2015 yang bakal dihoskan Awie dan Fara Fauzana itu akan disiarkan secara langsung di TV3 bermula jam 9 malam.

Jika tahun lalu filem Tanda Putera dan drama Matahari Terbit Lagi dinobat sebagai Filem Terbaik dan Drama Terbaik, tahun ini filem dan drama yang dipertandingkan juga tidak kurang hebatnya.

Antaranya filem Gila Baby, Terbaik Dari Langit dan Amir & Loqman Pergi Ke Laut dikatakan bakal menang malam esok.

Pastinya filem berkenaan mengharapkan kemenangan daripada kategori lain seperti Pengarah Terbaik Filem, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem.

Telefilem hebat seperti Cahaya Cinta, Dari Pintu Neraka dan Lorong Kecil Ke Syurga antara yang dilihat berpotensi untuk meraih anugerah.

Menerusi jalan cerita dan sinetografi menarik, drama berkenaan punya keistimewaan masing-masing dalam merebut hati juri.

Antara kategori yang menjadi rebutan untuk kategori drama ialah Drama Terbaik, Pengarah Terbaik Drama, Penyunting Terbaik Drama, Lakon TV Terbaik, Videografi Terbaik Drama, Pelakon Lelaki Terbaik Drama, Pelakon Wanita Terbaik Drama, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama.

Drama rantaian Rindu Awak 200% juga dikatakan berpotensi untuk meraih anugerah Drama Rantaian Popular Media Sosial seperti yang pernah dimenangi drama Ariana Rose tahun lalu.

Tahun kedua kategori itu diperkenalkan, gandingan Ayda dan Zul itu turut dicabar oleh drama rantaian Tentang Hati lakonan Aaron Aziz, Fasha Sandha dan Anzalna Nasir.

Tidak ketinggalan drama rantaian Setitis Kasih Darmia lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose juga pencabar utama untuk Rindu Awak 200%.

Bertemakan Raikan Bintang dengan warna hitam dan emas, antara artis yang bakal membuat persembahan ialah Azmil Mentor Legend, Sara Mentor Legend, Asmidar, tarian oleh De’Fam dan ‘Project Band’ oleh Izzue Islam, Amir Jahari, Ayda Jebat, Marsha Londoh, Toi, Ungku Ismail Aziz dan Zahiril Adzim.

Persembahan penutup menampilkan tribute kepada pemenang ASK oleh Alyah serta barisan pemenang dulu iaitu Ogy Ahmad Daud, Khir Rahman, Fauzi Nawawi dan Liyana Jasmay.

Sebelum acara kemuncak bermula, penonton turut disajikan dengan karpet merah yang dihoskan Hani Hatim, Muadz dan Ain Edruce.

Penyampai anugerah membariskan pemenang ASK lalu seperti Aaron Aziz, Shaheizy Sam, Ruminah Sidek, Izreen Azminda, Zainal Ariffin, Harjit Singh Hullon, Hazlin Hussein, Hans Isaac, Anuar Zain, Nadiya Nissa, Elfira Loy, Namron, Sofia Jane, Sharifah Amani, Syafie Naswip, Sabri Yunus dan Puan Sri Tiara Jacquelina.

Menjelang ASK 2015 program khas selama 30 minit akan disiarkan jam 6 petang esok. Program dihoskan Adzriefaiz Adzlan dengan paparan menarik detik di belakang tabir ASK2015, kemeriahan roadshow dan juga persiapan artis.

Selain itu, Gemilang ASK2015 yang dihoskan Awal Ashaari bakal disiarkan pada 12 November jam 11 malam apabila pelbagai klip video eksklusif dan momen yang tidak disiarkan akan dikongsi semasa berlangsungnya karpet merah, fesyen ASK2015 dan juga ucapan pemenang ASK2015.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 November 2015 @ 5:03 AM