KESESAKAN jalan raya di Kuching kerana lampu isyarat tidak berfungsi akibat bekalan elektrik terputus. FOTO Jeakqleyn Yacho

KEADAAN lalu lintas di Jalan Tun Abang Haji Openg, Kuching. FOTO ihsan pembaca

Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

Kuching: Kerosakan talian penyambungan penghantaran tenaga 275kV di Oya-Selangau menyebabkan lebih separuh kawasan di negeri ini terputus bekalan elektrik sejak jam 1.31 petang tadi.

Antara kawasan yang terjejas ialah Bahagian Kuching, Sarikei, Sri Aman, Betong dan Sibu.

Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam maklumbalas hari ini memaklumkan kerja-kerja membaik pulih sedang giat dijalankan dan bekalan dijangka pulih dalam tempoh dua jam.

Sementara itu tinjauan di sekitar bandaraya Kuching mendapati kesesakan jalan raya berlaku di semua kawasan kerana lampu isyarat di jalan utama tidak berfungsi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2015 @ 3:30 PM