Amirulizam Ibrahim, 39, meredah banjir di halaman rumahnya, manakala  Rosnani Yahya, 39, (kiri) dan suaminya, Abas Ali, 56, (kanan) membantu anaknya, Muhammad Aduka Abas, 18, yang patah kaki dipindahkan ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Sekolah Kebangsaan Asahan. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan

Oleh Nur Saliawati dan Zairee Mohd Yasak

Jasin: Seramai 20 orang membabitkan lima keluarga dari Kampung Sungai Dua, Asahan ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Asahan, Jasin, di sini, sehingga jam 11.30 malam tadi.

Mangsa dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air kira-kira 9 pagi tadi, selepas hujan lebat.

Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Pejabat Kebajikan Daerah Jasin Norman Abu Bakar berkata, pusat pemindahan banjir itu dibuka pada jam 11 pagi, selepas kampung terbabit dinaiki air.

"Keseluruhan mangsa banjir terjejas adalah seramai 195 orang bagaimanapun hanya 20 mangsa yang tinggal di pusat pemindahan ini.

"Semua mangsa kini berada dibawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain kami turut menyediakan keperluan asas termasuk makanan, pakaian dan selimut," katanya.

Katanya, buat masa ini pihaknya belum pasti berapa lama semua mangsa akan tinggal di pusat pemindahan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2015 @ 12:40 AM