Oleh Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Lima wanita warga asing berusia antara 26 dan 32 tahun ditahan dalam serbuan ke pangsapuri yang dijadikan pusat kegiatan pelacuran di Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, di sini, 10.15 malam tadi.

Operasi cegah maksiat Ops Noda itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) hasil intipan dan risikan yang dilakukan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, wanita warga Indonesia disyaki 'Ibu Ayam' berusia 57 tahun turut ditahan bersama seorang pelanggan lelaki warga tempatan berusia 52

tahun.

"Polis merampas dua keping kondom, empat tuala dan dua gulung tisu dan merekadibawa ke IPDTL siasatan lanjut mengikut Seksyen 372 A Kanun Keseksaan atas kesalahan cuba mengeksploitasi mana-mana orang dengan tujuan pelacurandan sekiranya sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun atau sebatan dan juga dikenakan denda.

"Siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 372 B kanun yang sama kerana cuba menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Selain itu siasatan dilakukan mengikut Seksyen 51 (5) (b) Akta Imigresen 1959/1963 dan Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959/1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 12:22 PM