WARNA terang sesuai digayakan remaja.
WARNA terang sesuai digayakan remaja.
TUNIK panjang boleh dipadankan dengan denim.
TUNIK panjang boleh dipadankan dengan denim.
SESUAI digayakan ke majlis keraian atau perayaan.
SESUAI digayakan ke majlis keraian atau perayaan.
Oleh Siti Zarinah Sahib

Gaya berbaju kurung kini mengambil alih pasaran apabila terdapat kepelbagaian rekaan baju kurung yang mula diminati ramai. Jika dulu baju kurung dikatakan hanya sesuai digayakan untuk majlis perayaan, tetapi kini dengan potongan yang lebih versatil menjadikan ia boleh dipakai ke mana saja.

Menurut pemilik For The Love of She, Norashykin Mohamad Nor dia mengetengahkan koleksi kurung inspirasi daripada potongan pakaian tradisional memandangkan himpunan ini semakin diminati ibarat pepatah tidak lapuk ditelan zaman.

Rekaan Wiya Long Tunic sesuai digayakan untuk wanita Muslimah yang ingin kekal anggun dan bergaya serta tidak melupakan syariat Islam. Ia sesuai dipadankan dengan denim, legging atau skirt dan sesuai untuk hari santai anda.

“Saya menghasilkan baju labuh daripada fabrik kapas dalam potongan moden memandangkan cita rasa wanita terutama remaja yang ingin ‘bebas’ pada masa sama ingin kekal sopan. Ia hadir dalam pelbagai warna terang biru, merah bata, krim agar mudah dipadankan dengan skirt atau seluar,” katanya yang menyediakan dalam ukuran S sehingga L pada harga RM99.

Untuk baju kurung pula, Norashykin menghasilkan rekaan Kurung Lana daripada fabrik Itali Casablanca pada rona pastel seperti coklat, kelabu dan merah jambu lembut. Rekaan sederhana dengan rona berbeza pada hujung baju memberikan kelainan kepada si pemakai. Kain pula berbentuk sedikit kembang di bawah bagi memberikan ilusi segar kepada wanita. Ia turut disediakan dalam tiga ukuran S sehingga L pada harga RM159.

Bagi mereka yang inginkan penampilan menawan untuk dipakai ke pejabat, majlis keraian atau perayaan, koleksi Arissa menggunakan material satin berat dihasilkan dengan potongan pendek serta sedikit kelainan pada hadapan baju. Ia memberikan ilusi menawan apabila digayakan dengan kain daripada fabrik polos rona yang sama. Menggunakan rona biru kelasi dan latte setiap padanan dijual menerusi dalam talian pada harga RM129.

Jelas Norashykin, dia teruja untuk menghasilkan padanan baju kurung kerana tidak mahu generasi muda melupakannya. Dengan lambakan pelbagai jenis rekaan pakaian, baju kurung masih mendapat tempat di hati wanita asalkan sesuai dengan cita rasa dan majlis yang akan dihadiri. Untuk maklumat lanjut boleh melayari Instagram @fortheloveofshe_ , Facebook (FB) for the love of she atau emel [email protected].

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2015 @ 5:00 AM