HAFIZH (kanan) berbincang sesuatu dengan Zulfahmi.
HAFIZH (kanan) berbincang sesuatu dengan Zulfahmi.

Sepang: Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali berkata, pihaknya akan membantu menyediakan landasan terbaik untuk masa depan pelumba Moto3 negara Zulfahmi Khairuddin.

Pelumba kelahiran Banting itu kelmarin mendedahkan akan meninggalkan perlumbaan berprestij itu selepas melakukan penampilan pertama sejak 2009.

“Kami masih tak tahu apa perancangan Zulfahmi tahun depan. Jika boleh, kami mahu bantu dia mencari apa yang diingininya.

“Apa yang pasti, peluang untuk dia berlumba dalam Kejuaraan Motosikal Dunia tahun depan besar kemungkinan sudah tertutup.

“Tapi, secara peribadi kami boleh gunakan Zulfahmi sebagai jurulatih pelumba dan juga mentor untuk pelumba pelapis yang bersaing di Piala Bakat Asia, CEV ataupun di Kejuaraan Motosikal Dunia nanti,” katanya ketika ditemui semalam.

Jelas Razlan, pengalaman yang ada pada pelumba SIC Racing Team itu tidak boleh disia-siakan begitu saja.

“Dia pernah berjaya pada 2012. Pendek kata, dia banyak memberi sumbangan untuk sukan permotoran di negara ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2015 @ 10:29 AM