KUALA LUMPUR 22 May 2012. Bangunan Parlimen. NSTP/Salhani Ibrahim
KUALA LUMPUR 22 May 2012. Bangunan Parlimen. NSTP/Salhani Ibrahim
Oleh Hairulazim Mahmud dan Mohd Nasif Badruddin


Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menggunakan perkataan 'binatang' semasa membahaskan usul penggantungan kehadiran Lim Kit Siang di Dewan Rakyat.

"Ini semua didengar oleh 'binatang-binatang'," katanya semasa sesi perbahasan tersebut di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Berikutan itu, beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bangkit membantah dan mendesak wakil rakyat pembangkang itu menarik balik dan memohon maaf berikutan gelaran yang dianggap menghina ahli dewan itu.

"Tarik balik dan minta maaf. Ini perbuatan menghina," tegas Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling).

Ramkarpal kemudian menarik balik perkataan tersebut namun tidak memohon maaf.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2015 @ 1:24 PM