Suasana di tempat kejadian seorang lelaki maut selepas membakar diri dan terjun dari tingkat 17.. FOTO ihsan pembaca
Suasana di tempat kejadian seorang lelaki maut selepas membakar diri dan terjun dari tingkat 17.. FOTO ihsan pembaca
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Lelaki berusia 30-an maut selepas membakar diri dan terjun dari tingkat 17 apartmen di Wangsa Maju, malam tadi.

Dalam kejadian 11 malam itu, mangsa ditemui orang ramai di kawasan parkir apartmen terbabit.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.12 malam sebelum 16 anggota bomba ke tempat kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian, mangsa 80 peratus terbakar dam di sahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Berdasarkan maklumat saksi, mangsa membakar diri menggunakan petrol sebelum terjun dalam keadaan tubuh terbakar dari tingkat 17," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2015 @ 2:05 AM