KESEDARAN mengenai penjagaan gigi yang betul perlu dititikberatkan untuk mengelakkan masalah seperti gigi berlubang.
KESEDARAN mengenai penjagaan gigi yang betul perlu dititikberatkan untuk mengelakkan masalah seperti gigi berlubang.
PEMILIHAN berus gigi yang sesuai dapat bantu kurangkan masalah plak dan kesakitan gusi.
PEMILIHAN berus gigi yang sesuai dapat bantu kurangkan masalah plak dan kesakitan gusi.
Oleh Nor Faizah Mohamed


Senyuman ialah satu medium komunikasi paling berkesan sebagai langkah pertama membina jaringan persahabatan dan hubungan sesama manusia.

Medium yang penting ini seharusnya digunakan untuk mempamerkan mesej yang memberi kesan mendalam kepada penerimanya.

Ketika melemparkan senyuman ia akan menampakkan barisan gigi seseorang. Senyuman yang manis ditambah gigi cantik dan bersih akan memperlengkapkan imej positif individu itu.

Namun dengan bermacam hidangan menarik daripada pelbagai kaum negara ini, sukar untuk mengekalkan kecantikan diri apatah lagi memastikan tahap kesihatannya.

Selain penggunaan berus dan ubat gigi yang sesuai, rutin memberus gigi dengan betul juga perlu diambil kira agar tidak mencederakan gusi.

Ramai beranggapan berus gigi hanyalah alat untuk membawa ubat gigi ke dalam mulut dan menggosok kotoran ketika berlakunya proses memberus gigi.

Berus gigi sebenarnya alat penting yang bukan saja membuang kotoran malah menanggalkan plak iaitu lapisan biofilem bakteria yang menyebabkan kaviti.

Wujud pelbagai pilihan berus gigi di pasaran. Namun bagaimana untuk memilih berus yang benar-benar sesuai dengan keperluan gigi?

Salah satu faktor penilaian penting ketika memilih berus gigi adalah memahami bagaimana gigi digunakan setiap hari.

Bagi rakyat Malaysia, kita ‘bersalah’ kerana mendedahkan gigi dengan tugasan paling sukar kerana minat mendalam masyarakat negara ini terhadap makanan.

Rakyat Malaysia sememangnya gemar menikmati dan menghargai makanan pada setiap masa. Ramai juga yang mengabaikan kebersihan gigi serta mulut selepas enak menikmati hidangan.

Ia menyebabkan sisa makanan yang tersangkut di celah gigi meninggalkan kesan warna kuning atau perang lalu menyaluti garisan gusi dan gigi.

Akibatnya, ia memberi peluang untuk plak menghakis enamel hingga menyebabkan berlakunya gigi berlubang dan masalah reput.

Justeru, Systema memperkenalkan berus gigi berteknologi tinggi untuk membantu mencegah penyakit periodontal itu.

Ia adalah penambahbaikan kepada berus gigi sebelum ini apabila ketirusan berusnya mencecah 0.02mm bagi menembusi jauh ke dalam bahagian gigi yang sukar dicapai oleh berus biasa.

Ketirusan berus itu juga berkebolehan membersih sembilan kali lebih baik dengan membantu membersihkan poket gusi tanpa mencederakannya.

Ia turut mengurangkan tekanan ketika memberus sebanyak 66 peratus, sekali gus sesuai untuk mereka yang mempunyai gigi atau gusi sensitif.

“Memberus gigi tidak perlu kuat kerana plak secara semula jadi lembut. Perkara utama adalah untuk memberus bahagian di antara gigi dan menggunakan berus gigi yang hujungnya tirus agar dapat mencapai ruangan antara garisan gusi yang sempit serta di celah gigi,” ujar Pengarah LivingWell Healthcare Dr Sean Paul.

Sempena pelancaran berus gigi Systema 3D Clean ini, kempen ‘Mula Dengan Betul, Berus Dengan Betul - Gigi Sihat Sepanjang Hayat’ diadakan di seluruh negara.

Siri jelajahnya bermula di kompleks beli-belah 1Utama pada 30 September hingga 4 Oktober lalu dengan kerjasama AEON.

Kempen ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Systema untuk menggalakkan rakyat Malaysia menyemai tabiat penjagaan mulut yang lebih baik dalam rutin harian mereka menerusi perkongsian maklumat yang tepat serta pengetahuan mengenai kebersihan mulut.

Dengan dua langkah mudah iaitu memilih berus gigi yang betul dan mengamalkan teknik serta tabiat memberus yang betul seperti yang disarankan pakar pergigian akan membantu meningkatkan lagi tahap kesihatan gigi juga mulut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 11:36 AM