Putrajaya: Ahli UMNO perlu berani untuk tampil tampil ke depan bagi menyuarakan pandangan dan pendapat mengenai isu pokok berkaitan negara dan kerajaan.
Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ramai ahli UMNO tak bersedia untuk bersemuka dan menyuarakan pandangan secara terbuka kerana bimbang dipecat dan digugurkan jawatan dalam parti.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.
Muhyiddin menghadiri jemputan sidang media diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung penahanan peguam Matthias Chang bersama anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Bu Hassan.
Sidang media sama turut dihadiri Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah; bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat dan veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid.