SITUASI fikiran kosong di dewan peperiksaan biasa berlaku dan boleh mengundang rasa cemas dan gusar, seterusnya memberi impak kepada keputusan peperiksaan.
SITUASI fikiran kosong di dewan peperiksaan biasa berlaku dan boleh mengundang rasa cemas dan gusar, seterusnya memberi impak kepada keputusan peperiksaan.
MENGGUNAKAN kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran boleh membantu pelajar lebih memahami dan memperkukuhkan pemahaman.
MENGGUNAKAN kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran boleh membantu pelajar lebih memahami dan memperkukuhkan pemahaman.
GURU boleh menjadikan situasi pembelajaran lebih terbuka, sekali gus membantu pelajar mudah memahami dan memproses maklumat. - Gambar hiasan.
GURU boleh menjadikan situasi pembelajaran lebih terbuka, sekali gus membantu pelajar mudah memahami dan memproses maklumat. - Gambar hiasan.
MELAKUKAN ulang kaji awal boleh membantu pelajar tidak panik di dewan peperiksaan.
MELAKUKAN ulang kaji awal boleh membantu pelajar tidak panik di dewan peperiksaan.
KINI ada pelbagai kaedah mengulang kaji yang diperkenalkan bagi membantu pelajar menguasai ilmu dan ia perlu digunakan bagi mengelak pergantungan terhadap kaedah hafalan yang sangat berisiko.
KINI ada pelbagai kaedah mengulang kaji yang diperkenalkan bagi membantu pelajar menguasai ilmu dan ia perlu digunakan bagi mengelak pergantungan terhadap kaedah hafalan yang sangat berisiko.
Oleh Ruhaiza Rusmin dan Ihsan Noorzali


Hari ini peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bermula. Dua lagi peperiksaan utama iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula akan bermula serentak pada 2 November depan.

Selain itu, peperiksaan akhir tahun sama ada di peringkat sekolah mahu pun institusi pengajian tinggi (IPT) juga bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Musim peperiksaan ini menyebabkan pelajar perlu membuat persediaan rapi sebelum menghadapi saat itu termasuk mengulang kaji pelajaran.

Biarpun begitu, ramai pelajar masih sukar mengekalkan mementum memahami ulang kaji sehingga memberi impak di dewan peperiksaan, seterusnya keputusan yang bakal diperoleh.

Pensyarah Jabatan Psikologi dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang juga Presiden Persatuan Kaunselor Profesional Berdaftar Malaysia Mohd Noor Idris berkata, penting bagi pelajar membuat persiapan dengan melakukan ulang kaji bagi mempersiapkan diri dari segi psikologi mental dan fizikal sebelum menduduki peperiksaan.

Menurutnya, persiapan menggunakan mekanisme pembelajaran yang sesuai boleh membantu pelajar lebih bersedia dan tidak terganggu menjelang atau ketika menghadapi peperiksaan.

“Persiapan rapi menjadi syarat utama jika pelajar mahu mencapai kejayaan kerana cara belajar yang betul akan mempengaruhi emosi dan tindakan.

“Tiada guna belajar berjam-jam, tapi tidak memahami sedikit pun apa yang diulang kaji. Ia hanya membuang masa.

“Dalam konsep teknikal pendidikan, mekanisme untuk memahami sesuatu subjek menjadi kunci utama bagi menentukan kemampuan pelajar sama ada berjaya menjawab soalan atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata, tanggapan segelintir pihak mengaitkan kemampuan pelajar dengan aspek kepandaian individu kurang tepat.

“Kemampuan otak manusia untuk menerima dan memproses maklumat secara puratanya sama sahaja, kecuali jika mengalami kecacatan sejak lahir seperti sindrom Down.

“Boleh dikatakan kemampuan pelajar sebagai individu adalah setara. Keupayaan mereka sama rata apabila dilahirkan.

“Yang membezakan kepandaian seseorang ialah bagaimana mereka menjadikan setiap maklumat yang diperoleh sebagai satu konsep mudah difahami, sekali gus menterjemahkannya dalam sudut lain termasuk di kertas jawapan peperiksaan,” katanya.

Mohd Noor berkata, ba­nyak kajian di luar negara mendapati pelajar yang memahami maklumat yang disalurkan berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan berbanding mereka yang cuma menghafal seperti gemar dilakukan sebahagian besar pelajar di negara ini.

Menurutnya, konsep pembelajaran melalui hafalan hanya akan bertahan dalam tempoh singkat berbanding konsep memahami.

“Dalam teori sains yang sering diketengahkan, secara purata fungsi otak untuk mengingati hanya mampu bertahan antara tiga hingga tujuh hari atau mungkin kurang jika diasak dengan pelbagai subjek.

“Namun, maklumat yang diperoleh melalui pemahaman mampu bertahan lama kerana otak berjaya memproses dan memahaminya hingga ia boleh dikembangkan dengan lebih meluas mengikut kreativiti sendiri.

“Ramai pelajar suka menghafal tanpa memahami. Ia sangat bahaya kerana boleh menjejaskan kemampuan mereka menjawab peperiksaan,” katanya.

Malah, katanya, ada segelintir pelajar berdepan masalah ‘fikiran kosong’ apabila mendapati maklumat yang dihafal hilang pada saat akhir menjelang peperiksaan atau ketika menjawab soalan.

“Insiden fikiran kosong sering berlaku apabila pelajar berada dalam keadaan panik dan berdebar-debar kerana pengumpulan maklumat bersimpang-siur di dalam otak.

“Ini risiko yang terpaksa dihadapi pelajar menggunakan konsep hafalan kerana pengembangan maklumat menjadi terhad dan hanya berkisar pada apa dibaca.

“Berbanding konsep pemahaman, pelajar akan menjadi lebih tenang kerana mereka sudah ada maklumat atau kata kunci yang difahami,” katanya.

Mohd Noor mengakui budaya menghafal tanpa memahami sukar dipisahkan kerana ia rentetan daripada sistem pendidikan yang sudah sebati dengan sistem peperiksaan bertulis dan bersifat terlalu akademik.

Menurutnya, walaupun sistem itu secara asasnya mampu melahirkan pelajar cemerlang, kebanyakan mereka terkesan apabila memasuki IPT yang menggunakan kaedah pembelajaran berbeza.

“Di IPT, proses pengajaran dan pembelajaran lebih kepada komunikasi dua hala selain menghendaki pelajar membuat tugasan, kertas kerja, pembentangan dan sebagainya.

“Ia membabitkan banyak kaedah praktikal manakala konsep menghafal hanya membabitkan sebahagian kecil pembelajaran.

“Disebabkan asas pembelajaran secara hafalan sudah lama digunakan, sebahagian besar pelajar gagal menyesuaikan diri dengan keperluan pendidikan tinggi. Sebab itu, jangan hairan pelajar yang masuk IPT dengan keputusan cemerlang akhirnya akan keluar dengan keputusan biasa-biasa saja,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2015 @ 8:22 AM