Baghdad: Tentera Udara Iraq mendakwa sebuah pesawatnya mengebom konvoi pemimpin Negara Islam (IS) Abu Bakr al-Baghdadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan tentera, serangan itu berlaku di wilayah Anbar, barat Baghdad yang tidak jauh dari sempadan Syria.

Bagaimanapun, nasib Abu Bakr belum diketahui.

Abu Bakr mengisytiharkan dirinya khalifah di kawasan yang dikuasai kumpulan itu di Iraq dan Syria.

“Tentera udara Iraq mengebom konvoi Abu Bakr al-Baghdadi ketika dia dalam perjalanan untuk bermesyuarat dengan pegawai kanan Daesh lain,” menurut kenyataan itu, merujuk kepada akronim bahasa Arab untuk IS. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2015 @ 6:48 AM