Oleh Ustaz Haslin Baharin

Kalau kita bersolat dalam keadaan arah kiblat lari sedikit disebabkan ruang solat, adakah solat itu sah. Ini kerana saya berkongsi bilik dengan orang lain.

SITI AISHAH, Temerloh, Pahang

Satu daripada syarat sah solat ialah menghadap kiblat. Firman Allah SWT bermaksud: “Maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidilharam. Dan di mana saja kamu berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 150)

Sabda Rasulullah SAW pula bermaksud: “Apabila kamu hendak solat, berwuduklah dengan sempurna, kemudian menghadaplah ke arah kiblat, lalu bertakbirlah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Jika tidak menghadap kiblat tidak sah solat itu, wajib bagi orang yang tinggal tetap. Oleh itu bagi yang ingin mendirikan solat hendaklah bersungguh-sungguh mencari arah kiblat dan menghala ke arah itu dengan cara kepada petunjuk yang boleh menunjukkan arah Kaabah atau Masjidilharam.

Alasan melarikan sedikit kiblat kerana ruang terhad atau berkongsi bilik tidak boleh diterima sebaliknya hendaklah bersungguh-sungguh menghadapkan diri ke arah kiblat walaupun terpaksa melakukannya dengan keadaan yang tidak selesa.

Saudari juga harus mengetahui dan belajar kaedah menghadap kiblat. Wallahualam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Oktober 2015 @ 12:28 AM