SESUAI digayakan Muslimah yang gemarkan gaya sederhana dan ringkas.
SESUAI digayakan Muslimah yang gemarkan gaya sederhana dan ringkas.
PENGGUNAAN kain renda penuh di bahagian tepi selendang membuatkan penampilan tampak lebih menarik.
PENGGUNAAN kain renda penuh di bahagian tepi selendang membuatkan penampilan tampak lebih menarik.
FABRIK renda di bahagian tepi selendang dijahit dengan kemas.
FABRIK renda di bahagian tepi selendang dijahit dengan kemas.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi


Kemas dan selesa. Dua ciri pada koleksi selendang dan tudung daripada jenama Nina Sakinah Couture yang dimiliki oleh Siti Najihatus Sakinah Azman itu mula diperkenalkan secara dalam talian pada Mac 2015.

Idea menceburi bidang perniagaan tercetus selepas ia disarankan oleh rakan pemilik butik berkenaan kerana selendang ataupun tudung yang dihasilkan mempunyai tarikan tersendiri.

Menurut Siti Najihatus Sakinah, asalnya dia hanya menjahit tudung bawal untuk kegunaan sendiri kerana agak sukar untuk mendapatkan saiz yang besar di pasaran.

“Apabila saya menggayakannya, kebanyakan rakan memuji kekemasan dan kecantikan tudung bawal yang dipakai kerana saya menambah penggunaan kain renda, batuan atau mutiara pada bahagian bawah tudung.

“Pada masa sama, ada rakan yang berminat untuk membeli dan mencadangkan saya menjual hasil jahitan sendiri secara dalam talian. Tanpa disangka, koleksi yang ditampilkan itu mendapat permintaan ramai,” katanya.

Ujarnya, dia mula membuat tudung sendiri pada 2012 dan ketika itu hanya menjahit tangan kerana belum memiliki mesin jahit. Namun, selepas mendapat permintaan memberangsangkan, dia terpaksa menggunakan mesin jahit untuk menyiapkan setiap tempahan kerana mahu memberi kepuasan kepada pelanggan.

Bagi memberikan keselesaan pada tudung yang digayakan, dia lebih suka menggunakan fabrik crepe Itali sifon untuk koleksi selendang kerana ia mudah dibentuk, tebal, tidak mudah renyuk serta sejuk.

Berbeza dengan tudung bawal, material sifon georgette juga digunakan kerana ia mempunyai ciri sama seperti fabrik yang dipilih untuk koleksi selendang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Oktober 2015 @ 5:01 AM