PELAKON Polis Evo ketika malam gala filem pada 2 September. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
PELAKON Polis Evo ketika malam gala filem pada 2 September. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
Oleh Wahi Aziz


Kuala Lumpur: Filem Polis Evo terbitan Astro Shaw mencipta sejarah apabila mencatat kutipan RM13 juta dalam tiga minggu tayangan sekali gus mencatat rekod sebagai filem Melayu paling laris tahun ini dan kedua terlaris dalam carta filem tempatan paling laris sepanjang zaman.

Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar berkata, kutipan itu berdasarkan tayangan di 102 pawagam seluruh negara dan Brunei sejak 17 September lalu.

“Sejak ditayangkan, jumlah penonton masih belum berkurangan dan ia turut mengubah tradisi trend filem Melayu yang ditayangkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Filem arahan Ghaz Abu Bakar itu menampilkan lakonan bintang popular Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Nora Danish.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Oktober 2015 @ 6:22 PM