Nor Yahati  menunjukkan statistik jumlah penipuan pakej umrah  pada sidang media, semalam.
Nor Yahati menunjukkan statistik jumlah penipuan pakej umrah pada sidang media, semalam.
Oleh Mohd Sabran Md Sani

Johor Bahru: Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan taktik syarikat yang menawarkan pakej umrah ke Makkah menggunakan nama tokoh agama dan selebriti terkenal tanah air sebagai pelaris bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Keterujaan untuk melakukan umrah bersama golongan cerdik pandai agama atau artis menyebabkan ada dalam kalangan rakyat negara ini gagal membuat pertimbangan wajar hingga berhabisan ribuan ringgit untuk memiliki pakej umrah ditawarkan.

Taktik itu didedahkan Setiausaha Bahagian Pelesenan Pelancongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Nor Yahati Awang berdasarkan aduan diterima pihaknya daripada orang ramai.

Nor Yahati berkata, taktik digunakan pihak yang mahu mengaut keuntungan berlipat ganda menyebabkan mangsa ingin menunaikan umrah bersama golongan kenamaan seperti tokoh agama dan selebriti, tidak berfikiran panjang semata-mata mahu mencapai kehendak masing-masing.

“Taktik menggunakan tokoh agama seperti ustaz, imam serta dan artis menjadi modus operandi digunakan sindiket penipuan pakej umrah bagi memperdayakan mangsa,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2015 @ 8:42 AM