KLINIK Kesihatan Daro musnah dalam kebakaran. FOTO ihsan Bomba
KLINIK Kesihatan Daro musnah dalam kebakaran. FOTO ihsan Bomba
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Daro: Klinik Kesihatan Daro musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Bomba dan Penyelamat Mukah menerima panggilan kecemasan dari Balai Polis Daro pada 4.09 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak berkata, satu jentera bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira dua jam perjalanan menggunakan jalan darat dan air.

Menurutnya, jentera pertama tiba pada 6.40 pagi dengan kebakaran membabitkan 95 peratus bangunan klinik.

"Tiada mangsa terbabit dan api berjaya dikawal pada 7.10 pagi.

"Pegawai penyiasat masih di lokasi bagi mencari punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2015 @ 10:09 AM