Lahore: Polis di bandar raya ini semalam menahan seorang lelaki yang disyaki membunuh anak perempuannya kerana mangsa tidak menyediakan roti secukup bulat seperti yang dimahukannya.

Aneqa Kaled, 12, dibunuh bulan lalu. Mayatnya dibiarkan di kawasan terbuka.

Bapanya melaporkan kehilangannya kepada polis dua hari kemudian.

Polis kemudian menemui mayat gadis itu dengan kesan luka. Siasatan yang dilakukan membawa kepada penangkapan lelaki itu yang kemudian mengaku membunuh anaknya.

Polis turut menahan abang mangsa berusia 16 tahun kerana membantu bapanya melakukan pembunuhan itu.

Lelaki itu memberitahu polis, dia berang kerana roti itu bukan saja tidak bulat, tetapi hangus. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2015 @ 7:40 AM