Kuala Lumpur: Majlis Perniagaan AS-ASEAN menyambut baik kejayaan rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Alexander Feldman berkata anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) termasuk Brunei, Malaysia, Singapura dan Vietnam, mewakili lebih 30 peratus daripada negara yang terbabit dalam rundingan perjanjian itu.

"Empat puluh peratus daripada negara ASEAN akan menjadi penandatangan TPPA dan lain-lain termasuk Filipina yang menyatakan minat menyertainya pada masa depan.

"Perjanjian akan memberi kesan positif kepada perhubungan komersial antara AS dan negara-negara berkenaan dan ini adalah komponen kritikal dalam perhubungan antara AS dan Asia Tenggara," katanya.

Majlis itu berkata perjanjian akan mempertingkat piawaian harta intelek, alam sekitar, tenaga kerja dan e-dagang di seluruh rantau. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2015 @ 11:21 PM