RODGERS kelihatan kecewa selepas perlawanan Everton dan Liverpool. FOTO Reuters
RODGERS kelihatan kecewa selepas perlawanan Everton dan Liverpool. FOTO Reuters

London: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger sedih manakala beberapa pengurus lain dan bekas pemain terkejut dengan pemecatan Brendan Rodgers sebagai pengendali Liverpool selepas lapan perlawanan dan kedudukan Liverpool di tempat kesepuluh.

Berikut adalah reaksi mereka selepas mendapat tahu Rodgers dipecat.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger:

"Saya selalu sedih apabila benda ini berlaku.

"Dia (Rodgers) adalah pengurus berkualiti dan hampir menjuarai Liga Perdana Inggeris. Malangnya, pengurus akan sentiasa tertekan tetapi itulah hakikatnya. Saya pasti dia akan mendapat pekerjaan lain."

Pengurus Swansea City, Garry Monk yang bermain di bawah Rodgers ketika Swansea ke Liga Perdana

"Saya tak percaya. Ia satu keputusah terlalu keras yang mengejutkan. Saya terkejut apabila mendapat tahu berita ini.

"Dia memang bagus ketika di Swansea dan saya tidak dapat melihat siapa lagi yang lebih layak sebagai pengurus Liverpool kecuali Roddgers.

"Dia banyak mengajar saya mengenai pengurusan di sini dan antara sebab saya kini pengurus di Swansea. Keputusan ini tidak masuk akal bagi saya."

Bekas pengurus Liverpool, Graeme Souness:

"Saya terpegun. Mereka membenarkan di berbelanja besar dan berpisah tidak lama kemudian. Ia sangat menakjubkan."

Bekas kapten Liverpool, Jamie Carragher

"Kakitangan baru mula kerja, dia belanja $106.32 juta (RM467.62 juta) dan lapan perlawanan selepas itu, Liverpool bertukar pengurus. Tukar saja ketika musim panas kalau begitu.

"Pemilik telah membuat beberapa keputusan yang tidak berjaya. Namun, dia berada di Liverpool kira-kira tiga tahun, belum menang apa-apa trofi dan Liverpool hanya bermain di Liga Juara-Juara sekali.

"Itu tidak cukup bagus untuk Liverpool. Liverpool menjadi seperti Tottenham -- mereka ingat mereka kelab besar."

Bekas pemaing tengah Liverpool, Jamie Redknapp:

"Dia terpaksa berhadapan dengan Raheem Sterling meninggalkan kelab selain kehilangan Steven Gerrard musim ini. Dia mempunyai banyak cabaran.

"Namun, sebaik sahaja bermulanya kegagalan, peminat kelab meminta pengurus ditukar dan itu menjadikan situasinya lebih sukar."

Bekas kapten England, Rio Ferdinand di Twitter:

"Hanya Klopp dan Ancelotti menjadi sasaran Liverpool... keputusan perlu dibuat dengan segera."

Pemecatan Rodgers diumumkan hanya tiga jam selepas Liverpool seri 1-1 dengan Everton.

Liverpool hanya menang tiga perlawana iaitu dengan Stoke City, Bournemouth dan Aston Villa selain dibelasah 3-0 di laman sendiri oleh West Ham United.

“Walaupun ia satu keputusan yang sukar, kami percaya ia adalah peluang terbaik untuk kejayaan dalam Liga.”

“Pencarian pengurus baru sedang dikalankan,” kata pemilik kelab di dalam satu kenyataan. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2015 @ 11:53 AM