NORNATASHA menunjukkan set bantal dan tilam untuk ibu mengandung.
NORNATASHA menunjukkan set bantal dan tilam untuk ibu mengandung.
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Seremban: Syarikat pembekal tilam dan bantal milik Bumiputera, Kekabu Online Dotcom mensasarkan mampu meraih jualan sehingga 10,000 unit set produk sehingga akhir tahun ini berdasarkan kepada permintaan yang meningkat daripada orang ramai.

Pengasasnya, Nornatasha Mohd Isa berkata, pihaknya yakin produk syarikat mampu meraih sasaran itu ekoran bantal kekabu dan tilam dibekalkannya adalah berkualiti.

Beliau berkata, sehingga kini pelbagai jenis produk dijual seperti set tilam dan bantal untuk orang dewasa, ibu mengandung dan bayi.

“Untuk set bayi, empat jenis produk ditawarkan iaitu ‘Travel’, ‘Playpen’, ‘Babycot’ dan saiz berkembar dengan harga antara RM100 hingga RM175,” katanya.

Katanya, pihaknya turut membekalkan ‘Nursing Pillow’, ‘Maternity Pillow’, set bantal dewasa serta kanak-kanak yang mampu bertahan antara lapan hingga 15 tahun.

Beliau menubuhkan perniagaan sejak 2013 menerima tempahan sebanyak 4,000 unit set pada tahun itu sebelum meningkat 7,000 unit pada tahun lalu. Pada tahun ini, syarikat mensasarkan meraih jualan 10,000 unit set ekoran permintaan meningkat termasuk dari Dubai, Jeddah, Kemboja, Jordan, Hawaii, Brunei dan Abu Dhabi.

Nornatasha yang sebelum ini bekerja di sebuah syarikat berhenti kerja pada tahun lalu dan menumpukan perniagaan berpangkalan dari rumah di Puchong, Selangor.

“Orang ramai berminat boleh melayari laman Facebook dan Instagram kami iaitu Kekabu Online Dotcom,” katanya sambil menambah syarikatnya memiliki enam ejen dan 10 kakitangan di Lembah Klang menyediakan perkhidmatan pos bagi penghantaran barangan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 6:03 AM