ROWE berucap pada majlis pengumuman warna 2015, semalam.
ROWE berucap pada majlis pengumuman warna 2015, semalam.

Kuala Lumpur: Akzo Nobel Paints (Malaysia) Sdn Bhd (AkzoNobel), pengeluar cat jenama Dulux optimis terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran cat di negara ini menerusi pengenalan pelbagai produk inovasi serta mengikut kehendak pengguna masa kini.

Di rantau Asia Tenggara, Malaysia menjadi salah satu pasaran terpenting bagi Dulux selain Thailand, Indonesia dan Singapura.

Pengarah Urusan AkzoNobel Decrorative Paints Asia Tenggara dan Selatan, Jeremy Rowe berkata, setiap tahun Dulux mengetengahkan warna cat yang dipanggil sebagai warna tahun ini yang menjadi inspirasi kepada pelanggannya.

Beliau berkata, bagi tahun 2015, warna jingga tembaga menjadi tema yang menonjolkan keharmonian antara manusia serta alam semulajadi.

“Sebagai autoriti warna global, AkzoNobel sentiasa peka dengan kemunculan kepelbagaian trend merangkumi sosial, ekonomi dan reka bentuk di seluruh dunia.

“Ini kerana, tanda-tanda pegerakkan warna bagi masa depan biasanya bermula di kawasan ini,” katanya pada majlis pengumuman warna 2015 itu di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 November 2014 @ 5:03 AM