BANDAR raya Kuala Lumpur dilanda jerebu dengan bacaan IPU pada 172 iaitu tidak sihat pada 1.40 petang. FOTO Hafiz Sohaimi
BANDAR raya Kuala Lumpur dilanda jerebu dengan bacaan IPU pada 172 iaitu tidak sihat pada 1.40 petang. FOTO Hafiz Sohaimi
MASJID Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam kelihatan kabur berikutan jerebu di kawasan itu. FOTO Muhammad Sulaiman
MASJID Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam kelihatan kabur berikutan jerebu di kawasan itu. FOTO Muhammad Sulaiman
Oleh Mahaizura Abd Malik dan Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) di semua sekolah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ditangguh sehingga sekolah dibenarkan beroperasi Selasa ini.

Pengarahnya Paimuzi Yahya berkata, keputusan itu diambil selaras dengan langkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan penutupan sekolah dibeberapa negeri berikutan situasi jerebu membimbangkan.

"Peperiksaan UPSRA akan ditangguhkan sehingga pihak KPM mengumumkan sekolah dibuka semula.

"JAWI akan mengeluarkan jadual baru dan mohon kerjasama ibu bapa serta pelajar mengambil perhatian dengan setiap perkembangan," katanya.

4.20 petang

Shah Alam: Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) bagi sekolah agama di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan ditunda pada Selasa ini.

Timbalan Pengarah JAIS Ahmad Zaki Arsad berkata, keputusan itu dibuat berikutan penutupan semula sekolah pada esok ekoran jerebu.

Beliau berkata,semua calon peperiksaan akan menduduki kertas Bahasa Arab pada Selasa ini untuk kertas Bahasa Arab, 2.40 petang.

"Semua sekolah yang terlibat hendaklah memastikan maklumat mengenai penangguhan ini sampai kepada semua calon dan pihak yang terbabit dalam kadar segera.

"Keputusan penangguhan peperiksaan esok juga dibuat selaras dengan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengarahkan semua sekolah di negeri ini ditutup esok," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2015 @ 4:12 PM