PENUMPANG memeriksa jadual penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang. FOTO Zaaba Zakeria
PENUMPANG memeriksa jadual penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang. FOTO Zaaba Zakeria
Oleh Muhammad Saufi Hassan


Subang: Semua penerbangan keluar masuk di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) yang tertangguh sejak semalam kembali beroperasi seperti biasa bermula jam 11 pagi tadi.

Jurucakap LTSAAS memaklumkan bahawa penerbangan keluar masuk kembali beroperasi seperti biasa namun orang ramai perlu melihat jadual penerbangan terkini.

"Orang ramai perlu melihat jadual terkini memandangkan ada penerbangan yang dijadualkan semula serta dibatalkan selepas tertangguh sejak semalam.

"Penumpang mana-mana penerbangan juga perlu sentiasa memantau jadual terbabit bagi mengelakkan sebarang kesulitan," katanya.

Tinjauan Harian Metro di LTSAAS mendapati orang ramai mengerumuni skrin jadual penerbangan untuk mendapatkan maklumat semasa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2015 @ 2:31 PM