Mina: Imam Masjidil Haram, Sheikh Saleh Al-Talib meminta pihak tertentu tidak mempolitikkan dua tragedi yang berlaku di Tanah Suci dan menganggap ia adalah kemalangan.

Dalam khutbah solat Jumaat, semalam, beliau menjelaskan bahawa sebarang kemalangan dalam musim haji tahun ini tidak boleh digunakan untuk faedah dunia politik.

“Arab Saudi sepenuhnya mampu menguruskan hal ehwal haji dengan berkesan dan ia mempunyai kuasa yang berdaulat dalam melaksanakan tugas suci itu bagi memuliakan tetamu Allah SWT.

“Malah, Kerajaan Arab Saudi juga dilengkapi dengan semua sumber dan keupayaannya untuk berkhidmat kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat ke Tanah Suci selama beberapa dekad.

“Dua tragedi yang berlaku dalam musim haji tahun ini tidak akan mengurangkan kedudukan Tanah Suci ini,” katanya merujuk kepada rempuhan di Mina.

Beliau menggesa pihak berkuasa Arab Saudi untuk memastikan kejadian itu tidak berulang dan bertanggungjawab terhadap dosa mereka sekiranya terdapat unsur kecuaian. - Saudi Gazette

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2015 @ 3:42 PM