MOHD Khairil dan isteri, Balkis Rashid bergambar bersama Irma Hasmie pada majlis pelancaran, baru-baru ini.
MOHD Khairil dan isteri, Balkis Rashid bergambar bersama Irma Hasmie pada majlis pelancaran, baru-baru ini.

Menyedari permintaan pengguna yang inginkan produk berasaskan bahan semula jadi dan mudah diperoleh, syarikat pengeluar pati asli tumbuh-tumbuhan semula jadi, Tropical Bioessence Sdn Bhd (TBESB) kini memperkenalkan Sutra Shopppe, gerai mesra alam dengan penampilan gaya urban dan kontemporari.

Sejak diperkenalkan tiga tahun lalu, produk berasaskan aromaterapi ini hanya dipasarkan melalui lantikan ajen atau wakil penjual. Bagaimanapun, kini pengguna berdekatan boleh mendapatkan produk Sutra di rak moden yang dikenali sebagai Sutra Shoppe.

Menurut Pengarah Urusan TBESB, Mohd Khairil Said, perkembangan terbaru ini inisiatif syarikat melangkah setapak lagi dalam usaha meletakkan jenama ini setaraf jenama global.

“Kewujudan Sutra Shoppe akan menjadi platform kepada pengguna mengenali lebih dekat, sekali gus mencapai sasaran jualan,” ujarnya pada majlis pelancaran Sutra Shoppe, baru-baru ini yang dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd, Datuk Dr Mohd Nazlee Kamal.

Hadir sama, Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Selangor, Rusnah Yusoff serta stokis dan pe­ngedar seluruh negara.

Mohd Khairil menambah, pihaknya menyasarkan lima Sutra Shoppe dibuka di beberapa lokasi menjelang hujung tahun ini dengan mencapai unjuran jualan sebanyak RM10 juta.

“Bersandarkan draf perniagaan yang semakin meningkat serta pembabitan pengedar yang semakin aktif, saya percaya sasaran itu dapat dicapai. Ditambah dengan penampilan Sutra Shoppe di pameran secara terbuka, ia lebih mudah mencuri tumpuan pelanggan.

“Bagaimanapun, kewujudan Sutra Shoppe tidak menggugat konsep pemasaran yang ada iaitu melalui lantikan stokis dan ejen kerana pihak syarikat sentiasa mencari jalan untuk memajukan ekonomi wakil jualannya,” ujarnya.

Tambahnya, syarikat dan kilang TBESB bertapak lapan tahun lalu. Selepas lima tahun beroperasi, produk jenama Sutra diperkenalkan. Konsep pemasaran melalui lantikan pengedar di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak melonjakkan Sutra setanding produk lain yang berjenama.

Terkini, Sutra melancarkan produk berasaskan ekstrak buah Melaka dikenali sebagai M’blica di Milan, Itali pada 10 Jun lalu oleh mantan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Ewon Ebin.

Sementara itu, pada majlis yang sama, pelakon dan pengacara terkenal, Irma Hasmie dilantik sebagai Selebriti Pengguna Sutra. Untuk maklumat, layari www.sutras.com.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2015 @ 4:01 AM