FOTO Zunnur Al Syafiq
FOTO Zunnur Al Syafiq
Oleh Norhayati Nordin

Kuala Lumpur: "Hubungan saya dan suami, Syamsul Yusof bahagia. Kami tiada masalah.

"Tambahan pula pembukaan butik busana muslimah Shara mendapat sokongan Syamsul, 31.

"Bahkan, dana untuk membuka butik Syamsul yang keluarkan," kata pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 30.

Puteri Sarah ditemui media selepas majlis pembukaan butik busana muslimah miliknya, Shara di Jalan Maarof, Bangsar, di sini.

Oleh itu, Puteri Sarah kata, bagaimana boleh timbul cerita rumah tangganya dan Syamsul tidak bahagia.

Puteri Sarah menegaskan dia dan suaminya hidup bahagia.

Katanya, mereka juga selalu menghabiskan masa bersama dan kalau tak bertemu pun apabila Syamsul sibuk di lokasi penggambaran.

"Sekarang kami memang banyak masa bersama di butik dan juga rumah.

"Kami juga seperti pasangan suami isteri lain, sering keluar makan bersama dan menonton wayang. Cuma, saya akui kami memang jarang muncul pada majlis hiburan. Namun, itu tidak bermakna hubungan kami bermasalah,” katanya.

Pasangan Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac tahun lalu dan sudah setahun enam bulan hidup bersama.

Bagaimanapun, mereka belum dikurniakan cahaya mata dan Puteri Sarah mengakui tidak membuat sebarang perancangan.

"Semua pasangan suami isteri mengharapkan kehadiran cahaya mata. Begitu juga dengan kami.

" Namun, belum ada rezeki buat kami. Apapun, saya yakin perancangan Allah itu terbaik," katanya.

Puteri Sarah berkata dia bersyukur dipertemukan jodoh dengan Syamsul seterusnya mendapat keluarga mentua yang baik dan penyayang.

Ujar Puteri Sarah lagi, dia juga selesa bersama keluarga mentua yang sangat menyayangi dan mengambil berat terhadap dirinya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2015 @ 11:05 PM