Rossa dan Afgan.
Rossa dan Afgan.

Jakarta: Penyanyi terkenal Indonesia, Rossa malu apabila jerebu yang berpunca daripada kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera turut menjejaskan Malaysia serta Singapura.

Rossa berkata, sebagai rakyat Indonesia, dia berasa malu kerana kejadian itu berpunca dari negaranya sendiri.

“Iya memang memalukan sekali kerana asapnya berasal dari Indonesia.

“Saya berharap pihak berkuasa segera mengatasi masalah ini,” katanya.

Jerebu tebal yang melanda sebahagian Indonesia, Malaysia dan Singapura menyebabkan jarak penglihatan terbatas serta menjejaskan kesihatan penduduk.

“Jerebu ini bukan sahaja memalukan, tetapi ia secara perlahan-lahan membunuh penduduk di kawasan yang terjejas,” katanya.

Rossa yang bakal bergandingan dengan penyanyi popular, Afgan dalam satu konsert di Malaysia tidak lama lagi berharap ia tidak dibatalkan akibat jerebu.

“Saya berharap konsert ini tidak dibatalkan dan ramai peminat yang datang,” kata Afgan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2015 @ 7:44 AM