Oleh Ramlah Zainal


Tidak dinafikan pelakon Aishah Ilias memiliki pakej lengkap untuk terjun dalam dunia glamor sekali gus mewarnai bidang hiburan tanah air. Berdarah kacukan Arab-India sebelah ibu dan Cina-Jawa (bapa) serta bertubuh tinggi lampai persis supermodel, Aishah, 28, memiliki pesona tersendiri.

Justeru, tidak hairanlah pelakon jelita ini antara artis muda yang menjadi rebutan produser dan pengarah drama dan filem ketika ini. Selepas menempa nama menerusi drama bersiri terpanjang Cinta Ibadah dan filem genre seram Paku, Aishah tidak ingin menoleh ke belakang lagi.

Secara peribadi, Aishah mengakui dirinya menimba pengalaman yang sangat berharga sepanjang terbabit dalam penerbitan drama bersiri 175 episod itu.

“Saya terpaksa berkampung selama satu setengah tahun di lokasi penggambaran Cinta Ibadah semata-mata untuk menjayakan drama itu dan dicabar melakonkan dua karakter berbeza, Siti dan Rina.

“Bayangkan saya perlu menghafal dialog yang berbeza untuk melakonkan dua karakter itu seperti dikehendaki skrip. Mungkin kerana tekanan untuk menjiwai watak dan waktu makan tidak menentu, berat badan saya turun lima kilogram sepanjang terbabit dalam drama itu,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2015 @ 6:55 AM