Bangunan penjara di Ghazni, Afghanistan, yang diserang Taliban dan membebaskan 355 banduan, hari ini. - Gambar Reuters
Bangunan penjara di Ghazni, Afghanistan, yang diserang Taliban dan membebaskan 355 banduan, hari ini. - Gambar Reuters

Ghazni, Afghanistan: Taliban yang berpakaian seragam tentera Afghanistan menyerang sebuah penjara di Ghazni dan membebaskan lebih 300 banduan, hari ini.

Mereka meletupkan bom kereta di pintu pagar penjara berkenaan serta menembak mati empat polis yang mengawal penjara.

Kira-kira jam 2.30 pagi, enam anggota Taliban berpakaian seragam tentera menyerang penjara di Ghazni. Mereka meletupkan bom kereta di pintu masuk, melepaskan tembakan roket dan menyerbu masuk ke dalam penjara,” kata gabenor wilayah itu, Mohammad Ali Ahmadi.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, 355 daripada 436 banduan melarikan diri, sebahagian besarnya kerana kesalahan mengancam keselamatan negara.

Taliban yang melancarkan serangan besar-besaran di seluruh Afghanistan sejak hujung April lalu, mengaku bertanggungjawab. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2015 @ 4:56 PM