Oleh Rosli Ilham

Dungun: Naib Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Sura, Mohd Aniffa P Kunyalan, 57, meninggal dunia selepas tiba-tiba rebah ketika bermain golf di Kelab Golf Desa jam 11 pagi tadi.

Ketika kejadian, Mohd Aniffa yang tinggal di Kampung Gong Pasir, di sini, sedang menyertai kejohanan golf amal.

Mangsa dikatakan baru selesai membuat pukulan di lubang ke-12 dan secara tiba-tiba rebah di atas padang.

Beberapa rakan mangsa kemudiannya mengangkatnya sebelum dikejarkan ke Hospital Dungun.

Pegawai Perubatan yang membuat pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sejurus tiba di hospital.

Ketua Polis Daerah Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2015 @ 2:58 PM