KALI ini, Hadi Hussien, 44, membawa kita cerita keunikan ahli persatuan Kung Seng Keng, Muar, Johor.

Persatuan ini terkenal kerana pasukan tarian singa dan naga yang sudah meraih 60 kejuaraan tarian singa peringkat antarabangsa dan 70 kali pertandingan tempatan.

Mereka mempunyai 50 ahli dan mereka menerima latihan seawal lapan tahun. Mereka akan berlatih pada sebelah malam atau selepas waktu sekolah.

Ahli persatuan juga unik kerana ada di kalangan mereka terdiri daripada Melayu yang begitu meminati tarian singa.

Seorang daripadanya ialah Mohd Shaari, 14, yang juga pemain gendang utama skuad tarian singa.

“Dah empat tahun saya kat sini (bersama ahli persatuan tarian singa). Saya minat sangat,” katanya.

Selain itu, Hadi berkata, dia kini dalam persiapan untuk pengembaraan solo bermotosikal kecil iaitu Demak ATM200cc ke Australia.

“Dari penghujung tanah besar Australia kemudian pulang ka penghujung tanah besar benua Asia iaitu di Tanjung Piai, Pontian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2015 @ 9:20 PM