PENGARAH Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Haris Kasim. FOTO Intan Nur Elliana Zakaria
PENGARAH Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Haris Kasim. FOTO Intan Nur Elliana Zakaria
Oleh Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Seramai 93 penuntut yang mendapat tajaan daripada Dermasiswa Zakat MAIS akan menyambung pengajian dalam pelbagai bidang di Timur Tengah bagi sesi 2015-2016.

Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata, penghantaran pertama ke Mesir bermula pada 21 dan 22 Julai lalu membabitkanseramai 39 orang penuntutPengajian Islam dan Ulum Islamiah manakala 12 orang lagi berlepas Rabu lalu bagi mengikuti pengajian bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Tkhasus Qiraat.

Katanya, bagi pelajar ke Jordan, seramai 39 penuntut dalam bidang pengajian Islam, bahasa Arab, Muamalat dan Pendidikan sementara 3 lagi akan berlepas ke Maghribi yang dijadual pada 16 September ini.

"Kita nasihatkan supaya mereka menggunakan peluang dan tempoh pengajian dengan sebaiknya dengan tajaan diberikan Lembaga Zakat Selangor (LZS) ini," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Beliau turut meluangkan masa bertemu penuntut terbabit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama Pengurs Besar Pejabat Agihan LZS Abdul Basith Hamid dan Ketua Sektor Pengurusan Akademik , Bahagian Pendidikan Islam JAIS Muhamad Asmadi Mustakim.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 3:04 PM