SEBAHAGIAN mayat mangsa bot karam. FOTO ihsan JPAM
SEBAHAGIAN mayat mangsa bot karam. FOTO ihsan JPAM
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Mohd Hasbi Sidek

Pelabuhan Klang: Sehingga jam 3 tadi petang tadi seramai 15 mangsa yang selamat dalam kejadian bot pom-pom karam di Perairan Selangor, Sabak Bernam, ditemui.

Mangsa yang selamat membabitkan 14 perempuan dan 1 lelaki dipercayai warga Indonesia.

Laksamana Pertama Maritim, Mohd Aliyas Hamdan berkata, sebanyak 14 mayat juga ditemui membabitkan 13 perempuan dan 1 lelaki.

"Semua mangsa yang selamat dan mati lemas ditemui nelayan tempatan.

"Pasukan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) kini memberi fokus mencari dan menyelamat mangsa yang selamat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2015 @ 4:03 PM