NURDIYANA bersama rakan kongsinya, Mohd Shakhir (kanan) dan Affe Dzafre Syahme.
NURDIYANA bersama rakan kongsinya, Mohd Shakhir (kanan) dan Affe Dzafre Syahme.
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

Kini penggunaan serum kian dipermudahkan, malah sesetengahnya hanya perlu disapu atau disembur pada wajah untuk mendapatkan kesan yang diingini.

Begitu juga dengan peng­gunaan formula stem sel berganda, semula jadi dan bebas kimia yang diadun dengan epal Swiss serta anggur menerusi semburan wajah Beauty Formula by Dreamlab Double Stemcell Serum.

Fungsinya juga pelbagai yang membantu untuk merawat masalah kulit wajah yang biasa dihadapi kebanyakan individu termasuk kulit berminyak, jerawat, bintik hitam, bintik putih, liang roma besar, kulit kusam dan lingkaran hitam pada mata.

Menariknya, serum itu hanya perlu disembur pada wajah dan diratakan sebelum mengenakan alat solek.

Pengasas Dreamlab Cosmetic Nurdiyana Mohd Razip berkata, serum berkenaan mudah dipakai, hanya sembur pada wajah setiap malam sebelum tidur dan setiap pagi sebelum bersolek.

Antara kebaikannya termasuk membantu solekan tahan lebih lama dan kelihatan kemas kerana fungsinya yang mampu mengawal pengeluaran minyak berlebihan.

“Selain merawat pelbagai masalah kulit, semburan serum ini menenangkan kulit wajah dan menjadikan kulit lebih lembut, berseri serta anjal.

“Saya juga tidak menyangka apabila ada pelanggan yang memaklumkan masalah ekzema yang dihadapinya beransur pulih selepas disembur dengan serum ini,” katanya yang dibantu dua rakan kongsi, Mohd Shakhir Mohd Hashim dan Affe Dzafre Syahme Abd Shukor.

Diperkaya dengan kebaikan daripada bahan semula jadi seperti lemon, aloe vera, epal, anggur dan serbuk akar likuoris yang memiliki kandungan vitamin C yang tinggi, ia turut membantu mencerah dan menjadikan kulit kelihatan segar.

Bagi yang sentiasa sibuk dan tidak cukup tidur, masalah lingkaran hitam pada mata tentu mengganggu penampilan selain merosakkan keyakinan diri terutama yang perlu bertemu ramai orang.

Semburan serum ini juga mengurangkan masalah terbabit dengan menjadikan sekeliling mata kelihatan lebih segar.

Menurut Nurdiyana, kesan penggunaan serum itu boleh dilihat melalui penggunaan konsisten dalam tempoh lima hingga tujuh hari.

“Biarpun saiznya 15ml, ia mampu bertahan dalam tempoh sebulan kerana ia hanya perlu disembur sedikit pada wajah,” katanya.

Boleh didapati melalui ejen yang dilantik di seluruh negara, semburan yang mempunyai haruman bunga mawar ini dijual pada harga RM120 menerusi Instagram @dreamlabcosmetic dan Facebook/ Dreamlab Cosmetic.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2015 @ 8:46 AM