M NASIR menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Industri Kreatif. FOTO Amran Hamid
M NASIR menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Industri Kreatif. FOTO Amran Hamid
Oleh Norul Awatif Romli


Sintok: Komposer Datuk Mohd Nasir Mohamad atau lebih dikenali dengan M Nasir menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Industri Kreatif di Majlis Konvokesyen ke-27 Universiti Utara Malaysia (UUM), di Dewan Mu'adzam Shah, di sini, hari ini.

Istiadat bakal berlangsung sembilan sesi hingga Rabu depan itu menyaksikan kira-kira 6,608 graduan menerima ijazah masing-masing termasuk 482 graduan pelajar luar negara daripada 26 negara selain 298 graduan menerima ijazah masing-masing pada sesi pertama.

Sesi pertama dimulakan dengan istiadat pemasyhuran Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah selaku Canselor UUM.

Pengisytiharan pemasyhuran Tunku Puteri Intan Safinaz disempurnakan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Pada istiadat berkenaan bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu turut dikurniakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Pembangunan.

Selain itu, istiadat konvokesyen berkenaan turut menyaksikan empat program melahirkan 21 graduan sulung menerusi program Kedoktoran Pengurusan, Ijazah Sarjana Undang-Undang, Ijazah Sarjana Kewangan dan Perbankan Islam serta Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Media.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 November 2014 @ 4:44 PM