FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Oleh Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Seorang anggota tentera yang sedang menjalani latihan payung terjun tersangkut pada sebatang pokok tualang dalam kejadian di Kem Iskandar di sini, petang tadi.

Kejadian kira-kira 3.30 petang itu memaksa anggota bomba dan penyelamat membantu menurunkan mangsa yang berada pada pokok tualang pada ketinggian kira-kira 20 meter.

Sumber bomba dan penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.36 petang mengenai kejadian itu.

"Maklumat awal diterima ada mangsa tersangkut diatas pokok menyebabkan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Mersing dikejarkan ke lokasi.

"Misi berkenaan dibantu Pegawai Bomba Kanan II, Johar Sanusi bersama enam anggota," katanya.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian didapati terdapat seorang anggota tentera tersangkut di atas pokok hpada ketinggian 20 meter.

"Mangsa berjaya dibawa turun pada 6.20 petang melalui kaedah manual dan mangsa dapat turun dengan selamat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2015 @ 8:13 PM