TUNKU Imran (tengah) bersama Mohd Nazifuddin (kanan) dan  Norza.
TUNKU Imran (tengah) bersama Mohd Nazifuddin (kanan) dan Norza.
Oleh Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: Kemenangan Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yang bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk penggal 20115/2017 memberi fenomena baru dalam pucuk kepimpinan MOM.

Keupayaannya menjalankan tugas sebagai bendahari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) dan Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur membuktikan kemampuannya melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Justeru sudah ada bayangan awal siapakah yang layak untuk menerajui badan induk sukan itu selepas Tunku Imran memilih untuk mengundurkan diri penggal depan.

Bayangan itu juga disuarakan bekas Setiausaha Agung Datuk Sieh Kok Chi yang kini menjawat jawatan sebagai penolong setiausaha kepada Datuk Datuk Low Beng Choo.

Bagi Kok Chi yang gembira dengan barisan jawatankuasa baru yang terpilih berkata, penggal ini adalah untuk ‘orang lama’ menurunkan segala pengalaman yang ada kepada golongan baru dalam MOM.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2015 @ 7:43 AM